Kerana Mencintaimu
12:00 AM Edit This 0 Comments »
Kerana mencintaimu
Kukeluarkan semua harapan yang kupunya
Kerana harapan itu sering dihantam badai
Sehingga ku karam di dasar lautan
Tubuh yang telah banyak berharap ini... kehilangan penumpangnya
Namun hati ini terus tetap mencintaimu
Walau tidak tentu apa yang harus dituju
Aku tetap mencintaimu
Walau ku mencintai tanpa boleh punya harapan
Dan setiap harapan yang muncul, akan kutikam dalam-dalam
Agar sakit yang meretes dapat kunikmati perlahan
Hingga akhirnya sakit tidak terasa lagi
Dan mencintaimu tidak pernah lelah
ZeeHamit/09
Al-Hub
7:43 PM Edit This 0 Comments »
Ketika cinta datang dan memberi isyarat kepadamu
Sambutlah dia
Ikutilah dia
Walau jalannya sukar dan curam
Kerana bersamanya kau akan temukan kebahagian
Apabila sayap cinta memelukmu
Menyerahlah kepadanya
Walau pedang tersembunyi antara hujung-hujung sayapnya boleh melukaimu
Kerana adat cinta mencintai tanpa batas
Kalau dia berbicara padamu percayalah padanya
Walau suaranya dapat menggetar mimpi-mimpimu
Bagaikan angin utara yang membinasakan taman
Kerana sebagaimana cinta memahkotai engkau
Demikian pula dia akan menghukummu
Terimalah semuanya dengan hati terbuka
ZeeHamit/09
Gadis Bertelekung
11:28 PM Edit This 0 Comments »
Gadis bertelekung
berwarna putih
pergi ke masjid memohon berkat
takut terpedaya
dengan mainan sementara
mainan dunia yang berpura-pura
Gadis bertelekung
tanggisnya kerana
buta matanya
tuli pendengarannya
lumpuh anggotanya
lalai jiwanya
lupa ingatannya
keras hatinya
Gadis bertelekung
duduk bersimpuh menadah tangan
doa dipohon
dosa diharap ampun
harapan digantung
agar hidup mati beruntung
ZeeHamit/09
Mari Kawan-Kawan
11:08 AM Edit This 0 Comments »
Mari kawan-kawan kita menyanyi
Menyanyi bersama menghibur hati
Goyangkan badan kita menari
Pusing kanan dan kiri
Mari kawan-kawan kita bermain
Bermain bersama dengan riangnya
Kita bermain tapuk-tapukkan
Mari kita bersuka ria
Mari kawan-kawan kita belajar
Belajar bersama supaya pintar
Tumpukan perhatian semasa guru mengajar
Nasihat guru kita dengar
Mari kawan-kawan kita membaca
Membaca buku bersama-sama
Banyak membaca menambah ilmu
Kelak kita berjaya
ZeeHamit/09
Hari-hari sempurna
11:08 PM Edit This 0 Comments »
Hari-hari sempurna
Ketika bulan purnama mengambang
Ketika bintang-bintang bertaburan di langit
Ketika rinduku dan rindumu bersatu
Hari-hari sempurna
Ketika sang matahari memancarkan cahaya
Ketika aku baru bangun dari mimpi indah
Ketika hariku bermula dengan mengingatmu
Hari-hari sempurna
Ketika hangat cintamu mempatri lukaku
Ketika kau peluk aku dengan cintamu
Ketika aku lupa di mana harus aku berpijak
Hari-hari sempurna
Ketika kita bersama-sama
Ketika rasanya semua masalah sirna
Ketika kita ketawa dan keceriaan
Hari-hari sempurna
Ketika kita melafazkan cinta
Ketika kita memadu cinta
Ketika kita melayar asmara
ZeeHamit/09
Malam ini langit menanggis
10:42 PM Edit This 1 Comment »
Malam ini
Langit menanggis
Air matanya mencurah
Malam ini
Langgit menanggis
Suaranya kuat
Malam ini
Langit menanggis
Membasahi yang kering
Memberi minum kepada yang haus
Malam ini
Langit menanggis
Mengisi ruang kosong
Malam ini
Langit menanggis
Tiada berhenti
Malam ini
Langit menanggis
Aku sendiri
Malam ini
Langit menanggis
Aku terkenangkanmu
Malam ini
Langit menanggis
Aku merindukanmu
Malam ini
Langit menanggis
Aku perlukan kehangatan cintamu
ZeeHamit/09

