Al-Hub

7:43 PM Edit This 0 Comments »

Ketika cinta datang dan memberi isyarat kepadamu
Sambutlah dia
Ikutilah dia
Walau jalannya sukar dan curam
Kerana bersamanya kau akan temukan kebahagian


Apabila sayap cinta memelukmu
Menyerahlah kepadanya
Walau pedang tersembunyi antara hujung-hujung sayapnya boleh melukaimu
Kerana adat cinta mencintai tanpa batas


Kalau dia berbicara padamu percayalah padanya
Walau suaranya dapat menggetar mimpi-mimpimu
Bagaikan angin utara yang membinasakan taman
Kerana sebagaimana cinta memahkotai engkau
Demikian pula dia akan menghukummu
Terimalah semuanya dengan hati terbuka

ZeeHamit/09

0 comments: