Carpen: Cinta Itu Membunuhnya...

6:17 PM Edit This 0 Comments »

Akif seorang lelaki berusia 33 tahun. Dia memiliki kerjaya yang stabil dan selesa. Dia juga memiliki keluarga yang bahagia. Dari segi luaran tidak siapa nampak cacat cela pada kehidupan Akif. Tambahan lagi dia seorang yang periang, peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa saja. Namun, jauh di sudut hati Akif, dia begitu sunyi, terlalu sunyi. Kesunyian yang Akif pendamkan jauh di sudut paling dalam di lubuk hatinya. Dia cemburu melihat insan lain berkasih-kasihan dengan pasangan, berpegangan tangan dan saling mengucapkan kata-kata cinta, sedangkan dia hanya bersendirian. Hanya kisah cintanya yang lalu menjadi pengubat kesepian yang semakin menyesakkannya.


Cinta pertama hadir dalam hidup Akif adalah ketika dia berumur seawal 19 tahun. Itulah pertama kali Akif belajar apa erti cinta bersama Dyana. Perkenalan mereka terjadi atas kawan sekolej Akif. Kawan sekolej Akif memberikan Akif nombor telefon bimbit Dyana. Selepas itu, Akif dan Dyana selalu bersms dan tanpa Akif sedar dia jatuh sayang kepada Dyana, walaupun tanpa melihat mahupun berjumpa Dyana. Sekian lama mereka bersama-sama, bermacam-macam janji dijanjikan. Harapan setinggi gunung tapi lama-lama Dyana semakin berubah. Tiba-tiba Dyana menjauhkan diri daripada Akif. Kata Dyana, Akif hanya kawan biasa, tiada istimewanya. Akif terus patah hati dan amat kecewa. Walaupun tanpa bersua tapi Akif teramat mencintai Dyana. Namun Akif redha dan mula menghilangkan diri dari Dyana.


Selepas beberapa bulan Akif mula menerima orang baru dalam hidupnya iaitu Hayati. Dalam hati Akif selepas beberapa kali Hayati cuba merapatinya, Akif akhirnya menerima Hayati tanpa mengenali Hayati dengan lebih dalam. Hubungan mereka berjalan seperti biasa dan dalam masa yang singkat Hayati mengajak Akif untuk bertemu orang tuanya. Akif terkejut namun, dia berasa dia serius dlm hubungan itu. Lagipun, Akif sendiri pun pernah membawa Hayati berjumpa ibu dan ayahnya dan mereka menerima Hayati dengan senang hati. Tapi tanpa Akif duga, hanya selepas beberapa hari selepas perjumpaan itu, Hayati menyatakan yang dia ingin kembali kepada bekas teman lelakinya. Hayati ingin melepaskan Akif. Kata-kata Hayati pada waktu itu amat menyakitkan Akif. Akif dan Hayati pernah bersentuhan walaupun sekadar ringan-ringan. Akif tidak tahu kenapa dia dan Hayati berkelakuan begitu, Akif hanya merelakannya kerana dia takut kehilangan Hayati tapi dengan mudahnya Hayati hendak meninggalkannya. Namun Akif terpaksa redha juga. Hayati meninggalkan dia walau hatinya teramat pedih.


Sejak putus dengan Hayati hidup Akif berubah. Dia jadi pendiam, suka bersendiri dan sering tertekan. Semuanya dipendam sendiri, memang itu sikap Akif sejak dari kecil lagi. Dia tidak suka berkongsi masalah, tidak suka menyusahkan orang lain dengan masalahnya. Untuk menghilangkan tekanan, Akif belajar menelan berbiji-biji panadol bersama air bergas. Mula-mula hanya 3 ke 4 biji, lama-lama makin banyak dan pernah hampir 18 biji dia telan dan dia hampir-hampir pingsan. Akif muntah dan pengsan dalam biliknya, tidak siapa yang tahu.


Dalam kealpaan, Akif melayani kekecewaan hatinya, Kehadiran Shahirah yang lebih berusia daripada dirinya mulai menyinari kehidupannya. Akif yang ketika itu masih belajar berasa selesa dengan Shahirah. Shahirah banyak memberi nasihat, pendapat dalam apa juga masalah yang dihadapi Akif. Shahirah benar-benar mengajar Akif apa itu erti kematangan. Akif mula bersemangat menghadapi hidupnya kembali. Tanpa Akif sedari, dia mula bersentuhuan dengan Shahirah. Akif cuba memberikan 'layanan' terbaik kepada Shahirah dan akhirnya Akif kehilangan kesucian dirinya. Walaupun kehilangan kesucian diri, Akif tidak menyesal kerana dia berhajat hendak memperisterikan Shahirah. Namun, memang benar kata pepatah, jangan sangka kan panas samai ke petang, mana tahu hujan di tengah hari. Di akhir pengajian Akif, Shahirah memberitahu Akif yang dia akan bekerja jauh ke London. Akif hanya merelakan Shahirah pergi dan harapan Akif agar Shahirah kembali. Lama Akif menunggu kepulangan Shahirah. Kebanyakan e-mail yang Akif kirim kepada Shahirah tidak berbalas dan telefon bimbit Shahirah juga tidak dapat dihubungi. Akif mula bimbang kerana tidak mengetahui khabar berita daripada kekasihnya Shahirah. Berbulan-bulan lamanya Akif tidak pernah putus asa menantikan balasan email daripada Shahirah dan Akif juga masih setia menjaga hati dan cintanya hanya untuk Shahirah.


Setelah setahun berlalu, akhirnya Akif menerima juga email daripada Shahirah. E-mail yang menghancurkan seluruh hidupnya. Shahirah mengatakan bahawa dia telah berkawin dan mempunyai seorang anak dan dia masih di sini, bukan seperti yang dia kabarkan kepada Akif, dan lebih menyakitkan lagi, Shahirah menyatakan bahawa sepanjang semasa mereka bersama, dia masih lagi tunangan orang dan tujuan dia bersama Akif hanya untuk melepaskan kesunyian selepas krisis yang terjadi dengan tunangnya. Bertapa remuknya hati Akif ketika itu. Allah saja yang mengetahui. Akif berasa tertipu dan amat bodoh kerana percayakan Shahirah sepenuh hati. Akif hilang arah, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan dan, dia mula kembali kepada tabiat lamanya iaitu menelan berbiji-biji panadol. Akif amat tertekan dan mula menyesal kerana telah memberikan segala-galanya kepada Shahirah dan apa pula yang akan terjadi kepadanya selepas itu. Siapa yang akan mahu menerima dirinya?


Tetapi Akif tetap teruskan hidup seperti biasa walau hari-harinya hanya berendam airmata. Akif telah bekerja dan dia selalu menyebukkan diri agar kurang rasa sedihnya. Tanpa Akif duga jiran yang dikenalinya sedari kecil mula mendekatnya. Dia juga sepupu Akif dan dia banyak mengambil berat terhadap Akif dan Akif mula berasa sayang padanya. Tapi Akif terlalu takut untuk menerima dia. Akif sedar siapa dirinya. Dia tidak layak untuk memiliki insan sebaik itu. Malah keluarganya juga menentang perhubungan mereka kerana tidak mahu bermenantukan saudara mara sendiri dan untuk kesekian kalinya, Akif kecewa lagi.


Akif biarkan hatinya sepi tanpa cinta. Namun, tiba-tiba Shahirah muncul lagi dalam kehidupan Akif. Shahirah mula menghubungi Akif dan ingin bertemu dengannya. Shahirah meminta maaf atas semua kesilapannya dahulu. Akif berjumpa dengannya dan Shahirah mengatakan bahawa dia tak dapat melupakan Akif. Shahirah juga mengatakan bahawa dia selalu terbayang-bayang saat manis ketika bersama Akif. Shahirah menangis tiap kali terkenangkan betapa berdosanya dia kepada Akif dan dia akui kini dia lebih mencintai Akif dari suaminya sendiri dan ingin bersuamikan Akif. Akif mula keliru. Apa benar segala ucapkan Shahirah kepadanya atau hanya sebuah lagi penipuan. Walaupun begitu, perasaan lama yang Akif buang itu kembali mengusik jiwa. Sayang yang lama mula berputik untuk Shahirah tapi Akif sedar tiada gunanya berkasih dengan isteri orang. Akif juga lelaki dan sudah setentunya dia mengerti perasaan seorang suami andai mengetahui semua ini. Akif mula menjauhkan diri daripada Shahirah.


Tanpa Akif duga, tidak semena-mena Dyana cinta pertama Akif waktu zaman belajarnya dulu juga muncul menagih kasih lalu. Seperti Shahirah, Dyana juga ingin menebus dosanya kepada Akif. Akif juga berbelah bahagi untuk menerimanya kembali. Namun, fikirannya, daripada dia terus melayan perasaan dengan isteri orang seperti Shahirah, sebaiknya dia terima Dyana. Hubungan mereka berjalan seperti biasa. Dyana sanggup menerima Akif seadanya. Dyana juga lebih penyanyang dan mengambil berat dari dulu. Akif sudah bertemu dengannya. Dari luaran Akif nampak Dyana macam perempuan baik. Akif berjanji untuk berjumpa dengan keluarga Dyana dalam masa terdekat untuk merisiknya lalu bernikah dengannya.


Tiba-tiba satu hari Akif mendapat satu pangilan. Pangilan daripada nombor telefon Dyana juga, tetapi dia seorang lelaki. Lelaki itu mengaku yang dia adalah bekas suami Dyana dan inginkan penjelasan tentang hubungan Akif dengan bekas isterinya. Betapa terkejut Akif ketika itu. Akif tidak menyangka Dyana juga sudah berkahwin!! Tak berapa lama selepas itu, Dyana menghubungi Akif dan meminta agar Akif tidak menganggu hidupnya lagi. "Semudah itu? Semudah itu dia datang dan pergi sedangkan hati aku terlalu parah atas apa yang dia lakukan..!!" bisik dan keluhan marah hati kecil Akif. Hati Akif semakin sakit. Namun, dia terpaksa setuju dengan permintaan Dyana itu dan Akif kembali sendiri.


Kini, hati Akif kembali sunyi. Setiap kali cinta hadir dalam hatinya, setiap kali itulah dia akan teruk dikecewakan dan dalam usianya yang begini dia masih sendiri. Walaupun keluarga Akif sudah mula bising tentang jodohnya, Akif hanya memekakkan telinga. Siapa lagi yang mahukan dirinya yang sudah tidak suci lagi, umpama buah yang sudah busuk, memandang pun orang akan jijik!!


Kini, Akif semakin berubah dan mula mendekatkan dirinya kepada Allah. Dia ingin melupakan segala kenangan dan dosa-dosa silamnya dan dalam masa yang sama ada juga insan yang cuba menghampirinya, tetapi Akif tidak mampu menerimanya kerana mereka menganggap Akif jejaka yang sopan dan berpendidikan agama sedangkan dirinya penuh noda. Akif takut mereka tidak mampu menerima dirinya seadanya. Justeru itu, Akif lebih rela bersendirian kerana dia tahu bahawa cinta itu membunuhnya.


Sekian.

ZeeHamit/09