Cintaku kepadamu

12:48 AM Edit This 0 Comments »


Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh dengan bayangan dirimu
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu

Jika kau hidup sehingga 100 tahun
Aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau
Apa nak buat?? Aku suka semuanya tentang kau!

Tekan ke bawah jika kau merinduiku….
Tekan lagi kalau masih rindu…..

Lagi….

Lagi….

Masih tekan lagi???

Nampak sangat rindu…..

Aku juga sedang merinduimu…

Kalau cinta ibarat penyakit,aku tidak mahu makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini kerana aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!

Orang kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!

Aku berasa sesuatu dihatiku…ia seperti bara yang kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya kepadamu. Tolong jangan diberikan lagi kepada orang lain.

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Betapa indah pun perkataan, tidak boleh sama untuk menyatakan cintaku padamu…

Cintaku adalah bara yang sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan kepadamu…..

Jika mencintaimu satu kesalahan…biar aku bersalah. Cintaku kepadamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu…

Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu….Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

Aku tidak dapat hidup tanpamu…..
kerana kaulah nyawaku……

Mencintaimu adalah perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidupku. Tidak mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yang pertama dan terakhir dan kaulah cintaku dari dulu, kini dan untuk selamanya...


ZeeHamit/08