Mari Kawan-Kawan

11:08 AM Edit This 0 Comments »

Mari kawan-kawan kita menyanyi
Menyanyi bersama menghibur hati
Goyangkan badan kita menari
Pusing kanan dan kiri


Mari kawan-kawan kita bermain
Bermain bersama dengan riangnya
Kita bermain tapuk-tapukkan
Mari kita bersuka ria


Mari kawan-kawan kita belajar
Belajar bersama supaya pintar
Tumpukan perhatian semasa guru mengajar
Nasihat guru kita dengar


Mari kawan-kawan kita membaca
Membaca buku bersama-sama
Banyak membaca menambah ilmu
Kelak kita berjaya


ZeeHamit/09

0 comments: