Apa itu RINDU?

10:52 PM Edit This 0 Comments »

Rindu itu gelisah waktu sunyi
Rindu itu resah waktu sepi
Rindu itu mesra waktu bersama
Rindu itu air mata waktu tiada
Rindu itu perasaan
Rindu itu ingatan
Rindu itu bayangan
Rindu itu sentuhan
Rindu itu kata-kata yang penuh makna dan sarat rahsia

Kerana Mencintaimu

12:00 AM Edit This 0 Comments »

Kerana mencintaimu
Kukeluarkan semua harapan yang kupunya
Kerana harapan itu sering dihantam badai
Sehingga ku karam di dasar lautan


Tubuh yang telah banyak berharap ini... kehilangan penumpangnya
Namun hati ini terus tetap mencintaimu
Walau tidak tentu apa yang harus dituju


Aku tetap mencintaimu
Walau ku mencintai tanpa boleh punya harapan
Dan setiap harapan yang muncul, akan kutikam dalam-dalam
Agar sakit yang meretes dapat kunikmati perlahan
Hingga akhirnya sakit tidak terasa lagi
Dan mencintaimu tidak pernah lelah

ZeeHamit/09

Al-Hub

7:43 PM Edit This 0 Comments »

Ketika cinta datang dan memberi isyarat kepadamu
Sambutlah dia
Ikutilah dia
Walau jalannya sukar dan curam
Kerana bersamanya kau akan temukan kebahagian


Apabila sayap cinta memelukmu
Menyerahlah kepadanya
Walau pedang tersembunyi antara hujung-hujung sayapnya boleh melukaimu
Kerana adat cinta mencintai tanpa batas


Kalau dia berbicara padamu percayalah padanya
Walau suaranya dapat menggetar mimpi-mimpimu
Bagaikan angin utara yang membinasakan taman
Kerana sebagaimana cinta memahkotai engkau
Demikian pula dia akan menghukummu
Terimalah semuanya dengan hati terbuka

ZeeHamit/09

Gadis Bertelekung

11:28 PM Edit This 0 Comments »

Gadis bertelekung
berwarna putih
pergi ke masjid memohon berkat
takut terpedaya
dengan mainan sementara
mainan dunia yang berpura-pura


Gadis bertelekung
tanggisnya kerana
buta matanya
tuli pendengarannya
lumpuh anggotanya
lalai jiwanya
lupa ingatannya
keras hatinya


Gadis bertelekung
duduk bersimpuh menadah tangan
doa dipohon
dosa diharap ampun
harapan digantung
agar hidup mati beruntung


ZeeHamit/09

Mari Kawan-Kawan

11:08 AM Edit This 0 Comments »

Mari kawan-kawan kita menyanyi
Menyanyi bersama menghibur hati
Goyangkan badan kita menari
Pusing kanan dan kiri


Mari kawan-kawan kita bermain
Bermain bersama dengan riangnya
Kita bermain tapuk-tapukkan
Mari kita bersuka ria


Mari kawan-kawan kita belajar
Belajar bersama supaya pintar
Tumpukan perhatian semasa guru mengajar
Nasihat guru kita dengar


Mari kawan-kawan kita membaca
Membaca buku bersama-sama
Banyak membaca menambah ilmu
Kelak kita berjaya


ZeeHamit/09

Hari-hari sempurna

11:08 PM Edit This 0 Comments »


Hari-hari sempurna
Ketika bulan purnama mengambang
Ketika bintang-bintang bertaburan di langit
Ketika rinduku dan rindumu bersatu


Hari-hari sempurna
Ketika sang matahari memancarkan cahaya
Ketika aku baru bangun dari mimpi indah
Ketika hariku bermula dengan mengingatmu


Hari-hari sempurna
Ketika hangat cintamu mempatri lukaku
Ketika kau peluk aku dengan cintamu
Ketika aku lupa di mana harus aku berpijak


Hari-hari sempurna
Ketika kita bersama-sama
Ketika rasanya semua masalah sirna
Ketika kita ketawa dan keceriaan


Hari-hari sempurna
Ketika kita melafazkan cinta
Ketika kita memadu cinta
Ketika kita melayar asmara



ZeeHamit/09

Malam ini langit menanggis

10:42 PM Edit This 1 Comment »

Malam ini
Langit menanggis
Air matanya mencurah


Malam ini
Langgit menanggis
Suaranya kuat


Malam ini
Langit menanggis
Membasahi yang kering
Memberi minum kepada yang haus


Malam ini
Langit menanggis
Mengisi ruang kosong


Malam ini
Langit menanggis
Tiada berhenti


Malam ini
Langit menanggis
Aku sendiri


Malam ini
Langit menanggis
Aku terkenangkanmu


Malam ini
Langit menanggis
Aku merindukanmu


Malam ini
Langit menanggis
Aku perlukan kehangatan cintamu




ZeeHamit/09