Bertepuk sebelah tangan

6:24 PM Edit This 0 Comments »


Aku merinduimu, menyayangimu, mencintaimu
Hembusan nafasku hanya untuk mu
Tapi malangnya kau tidak pernah tahu
Kerana cintaku bertepuk sebelah tangan
Dalam diam hatiku menanggis

Pernah ku terfikir hendak berterus terang
Tapi aku takut hatiku dilukai
Alangkah baik kalau aku tidak punya hati
Kerana jatuh cinta hanya menyakitkan hati
Terutama bila bertepuk sebelah tangan

Mendekatimu membuatku menderita
Menjahuimu membuat jiwaku sengsara
Pilihan apa yang aku ada
Inilah akhibatnya cinta bertepuk sebelah tangan
Aku sakit memendam rasa

Pedihnya hati ini
Siksanya hati ini
Karana menanti cinta yang tidak pasti
Sungguh hanya dia yang amat ku kasihi
Hingga aku kecewa sendiri

Photobucket

0 comments: