Kalimat Lidah Yang Luka

9:17 AM Edit This 0 Comments »
Karana amarah menguasai hati
Maka lahirlah sajak ini
Sajak kalimat lidah yang luka
Yang kamu sedang tatap sekarang ini.


Semua masih jelas diingatanku
Rasanya baru semalam peristiwa itu berlaku
Kerana mulutmu, binasa badanku
Kerana janjimu, hancur harapanku.


Dulu...
Ku cuba sumbatkan telingaku
Dari mendengar omongan kosongmu
Tetapi omonganmu berjaya menaklukiku
Ku telan semua omonganmu
Rupanya omonganmu penuh dengan tipu.


Aku yang ditelan omonganmu
Hanya mampu duduk membisu...


ZeeHamit/2010

0 comments: