Kembalikan kepadaku

10:39 PM Edit This 0 Comments »
Kembalikan kepadaku
Warna-warna yang terlukis dikanvasku
Bicara emas yang kau tabur untuk ku
Kau benam di mulut peti berkunci
Kapan kau akan lepaskan dan kotakan
Kalimah saktimu itu!?


Rodaku berpusing lelah
Kakiku letih menyerah
Kembalikan kepadaku
Duniaku di tempat asalnya.

Photobucket

Mengantuk

10:01 AM Edit This 0 Comments »
Aaaarrgghhh...
Mataku sangat mengantuk
Aku menguap berulang kali
Mataku berasa berat
Rasanya seperti anvil diikat disetiap bulu mataku
Sangat berat dan sungguh nyaman bila ditutup.

Photobucket

Kalimat Lidah Yang Luka

9:17 AM Edit This 0 Comments »
Karana amarah menguasai hati
Maka lahirlah sajak ini
Sajak kalimat lidah yang luka
Yang kamu sedang tatap sekarang ini.


Semua masih jelas diingatanku
Rasanya baru semalam peristiwa itu berlaku
Kerana mulutmu, binasa badanku
Kerana janjimu, hancur harapanku.


Dulu...
Ku cuba sumbatkan telingaku
Dari mendengar omongan kosongmu
Tetapi omonganmu berjaya menaklukiku
Ku telan semua omonganmu
Rupanya omonganmu penuh dengan tipu.


Aku yang ditelan omonganmu
Hanya mampu duduk membisu...


ZeeHamit/2010

Tanpa dirimu

5:05 PM Edit This 0 Comments »

Aku sedar...

Tanpa dirimu
Ku rasakan duniaku terhenti
Semuanya tidak bererti dan tidak bernyawa.

Tanpa dirimu
Otakku terkunci berhenti berfikir
Aku bingung tidak tahu apa.

Tanpa dirimu
Rinduku padamu bagaikan mencengkram ragaku
Membuat jiwaku sesak dan kosong.


ZeeHamit/2010