Kerana Mencintaimu

12:00 AM Edit This 0 Comments »

Kerana mencintaimu
Kukeluarkan semua harapan yang kupunya
Kerana harapan itu sering dihantam badai
Sehingga ku karam di dasar lautan


Tubuh yang telah banyak berharap ini... kehilangan penumpangnya
Namun hati ini terus tetap mencintaimu
Walau tidak tentu apa yang harus dituju


Aku tetap mencintaimu
Walau ku mencintai tanpa boleh punya harapan
Dan setiap harapan yang muncul, akan kutikam dalam-dalam
Agar sakit yang meretes dapat kunikmati perlahan
Hingga akhirnya sakit tidak terasa lagi
Dan mencintaimu tidak pernah lelah

ZeeHamit/09

Al-Hub

7:43 PM Edit This 0 Comments »

Ketika cinta datang dan memberi isyarat kepadamu
Sambutlah dia
Ikutilah dia
Walau jalannya sukar dan curam
Kerana bersamanya kau akan temukan kebahagian


Apabila sayap cinta memelukmu
Menyerahlah kepadanya
Walau pedang tersembunyi antara hujung-hujung sayapnya boleh melukaimu
Kerana adat cinta mencintai tanpa batas


Kalau dia berbicara padamu percayalah padanya
Walau suaranya dapat menggetar mimpi-mimpimu
Bagaikan angin utara yang membinasakan taman
Kerana sebagaimana cinta memahkotai engkau
Demikian pula dia akan menghukummu
Terimalah semuanya dengan hati terbuka

ZeeHamit/09